selamat datang

Followers

Wednesday 7 December 2011

Perkongsian Dr Azizan Rahsia Marketing Power

Kepada Semua Anda Yang Baru Nak Berniaga atau Memang Berniaga atau 

Anda Yang Ingin "Meletupkan" lagi perniagaan anda:
Biar Saya Berkongsi Dengan Anda Beberapa Kes Kegagalan dan Kejayaan Mereka yang Pernah Hadir Seminar Saya:

Kajian Kes 1:

Seorang lelaki bernama Shawal Akbar telah menyertai seminar saya pada bulan Feb 2010 di Shah Alam, ketika itu dia tidak mempunyai pekerjaan selama 7 bulan setelah diberhentikan kerja sebagai pengurus hotel terkemuka di Bali. Dia telah mencuba mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelulusannya Ijazah Dalam bidang Cost Analysis (UK). Apa perasaan anda yang telah berkeluarga, diberhentikan kerja serta tidak ada kerja untuk beberapa bulan dan telah mencuba temuduga demi temuduga serta mencuba untuk berniaga tetapi semuanya tidak menjadi? Tertekan bukan? Kecewa bukan? Sedih bukan?

Di mana "turning point" hidupnya? Ya, kehidupannya mula berubah setelah menghadiri seminar saya di Shah Alam! Dia sendiri mula-mula tidak suka saya, tidak percaya dengan saya (Dia tak cakap tapi saya rasa macam tu). Saya bergurau Shawal.

Tetapi apa yang pastinya ialah ketika itu, Sawal tidak pasti dengan masa depan dia tetapi disebabkan ingin tahu adakah betul saya telah membantu perubahan hidup ramai orang, lebih daripada puluhan ribu orang dalam masa 3 tahun sahaja, boleh percaya ke mamat ni? Maka Shawal telah mendaftar dan melangkah masuk ke dalam seminar saya menggunakan saki baki duit simpanannya serta dengan hanya ada RM10 sahaja baki di dalam poketnya!

Shawal tidak keluar menjadi kaya raya serta merta setelah keluar daripada kelas saya! Malah dia bertambah miskin! Ya! Dia bertambah miskin kerana dia telah mendaftar untuk program lanjutan saya yang telah terbukti membantu perubahan hidup ramai orang dalam masa yang pantas! Dia telah mendaftar atau menempah dirinya untuk "berguru" dengan saya. Masa itu dia tidak ada duit, tetapi dia daftar dan cari jalan untuk hadir progam lanjutan saya! Dia tahu yang dia mesti mendapatkan Mentor, Ilmu, Sistem atau strategi yang telah terbukti berjaya untuk merubah hidupnya!

Long story short, sebelum itu, Shawal tidak pernah mengecap kejayaan luar biasa di dalam mana-mana perniagaan, dia hanya orang "biasa-biasa" ketika itu.

Tetapi hari ini, hanya dalam tempoh lebih kurang satu tahun sahaja setelah mengikuti program-program saya, Shawal memiliki satu perniagaan pembuatan dan pengedaran makanan bihun dengan jenama "Bihun Sufi". Pelik tetapi benar, hanya dalam tempoh kurang daripada setahun, pengedaran bihunnya bukan sahaja dipasarkan di Malaysia, tetapi telah mula dieksport ke Singapura, Indonesia dan Dubai! Gila ke apa? Tak! Tak gila lagi! Yang lagi gila ialah audited report untuk akaun syarikat Shawal bagi tahun pertama perniagaannya yang beroperasi kurang daripada satu tahun untuk tahun kewangan 2010 telah mencatatkan keuntungan selepas cukai sebanyak lebih daripada 2 juta ringgit!! Berapa ramai yang dah berniaga lebih 10 tahun, jangan kata RM2 juta, tetapi keuntungan RM200,000 setahun pun belum tentu ada bukan?

Susah nak percaya kan? Jangan percaya cakap saya atau sesiapa pun!

No comments:

Post a Comment