selamat datang

Followers

Wednesday 7 December 2011

TINTA EMAS

MARI SEMUA KITA MENGAKTIFKAN MINDA KITA...
MENEROKA BIDANG KERJAYA YANG SERBA MENCABAR KINI..
DEMI MASA DEPAN YANG LEBIH GEMILANG..
SEMOGA ANDA SEMUA CEMERLANG.. 
DALAM APA JUA BIDANG YANG ANDA CEBURI..

GOOD LUCK..

BY; NONO

Perkongsian Dr Azizan Rahsia Marketing Power

Kepada Semua Anda Yang Baru Nak Berniaga atau Memang Berniaga atau 

Anda Yang Ingin "Meletupkan" lagi perniagaan anda:
Biar Saya Berkongsi Dengan Anda Beberapa Kes Kegagalan dan Kejayaan Mereka yang Pernah Hadir Seminar Saya:

Kajian Kes 1:

Seorang lelaki bernama Shawal Akbar telah menyertai seminar saya pada bulan Feb 2010 di Shah Alam, ketika itu dia tidak mempunyai pekerjaan selama 7 bulan setelah diberhentikan kerja sebagai pengurus hotel terkemuka di Bali. Dia telah mencuba mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelulusannya Ijazah Dalam bidang Cost Analysis (UK). Apa perasaan anda yang telah berkeluarga, diberhentikan kerja serta tidak ada kerja untuk beberapa bulan dan telah mencuba temuduga demi temuduga serta mencuba untuk berniaga tetapi semuanya tidak menjadi? Tertekan bukan? Kecewa bukan? Sedih bukan?

Di mana "turning point" hidupnya? Ya, kehidupannya mula berubah setelah menghadiri seminar saya di Shah Alam! Dia sendiri mula-mula tidak suka saya, tidak percaya dengan saya (Dia tak cakap tapi saya rasa macam tu). Saya bergurau Shawal.

Tetapi apa yang pastinya ialah ketika itu, Sawal tidak pasti dengan masa depan dia tetapi disebabkan ingin tahu adakah betul saya telah membantu perubahan hidup ramai orang, lebih daripada puluhan ribu orang dalam masa 3 tahun sahaja, boleh percaya ke mamat ni? Maka Shawal telah mendaftar dan melangkah masuk ke dalam seminar saya menggunakan saki baki duit simpanannya serta dengan hanya ada RM10 sahaja baki di dalam poketnya!

Shawal tidak keluar menjadi kaya raya serta merta setelah keluar daripada kelas saya! Malah dia bertambah miskin! Ya! Dia bertambah miskin kerana dia telah mendaftar untuk program lanjutan saya yang telah terbukti membantu perubahan hidup ramai orang dalam masa yang pantas! Dia telah mendaftar atau menempah dirinya untuk "berguru" dengan saya. Masa itu dia tidak ada duit, tetapi dia daftar dan cari jalan untuk hadir progam lanjutan saya! Dia tahu yang dia mesti mendapatkan Mentor, Ilmu, Sistem atau strategi yang telah terbukti berjaya untuk merubah hidupnya!

Long story short, sebelum itu, Shawal tidak pernah mengecap kejayaan luar biasa di dalam mana-mana perniagaan, dia hanya orang "biasa-biasa" ketika itu.

Tetapi hari ini, hanya dalam tempoh lebih kurang satu tahun sahaja setelah mengikuti program-program saya, Shawal memiliki satu perniagaan pembuatan dan pengedaran makanan bihun dengan jenama "Bihun Sufi". Pelik tetapi benar, hanya dalam tempoh kurang daripada setahun, pengedaran bihunnya bukan sahaja dipasarkan di Malaysia, tetapi telah mula dieksport ke Singapura, Indonesia dan Dubai! Gila ke apa? Tak! Tak gila lagi! Yang lagi gila ialah audited report untuk akaun syarikat Shawal bagi tahun pertama perniagaannya yang beroperasi kurang daripada satu tahun untuk tahun kewangan 2010 telah mencatatkan keuntungan selepas cukai sebanyak lebih daripada 2 juta ringgit!! Berapa ramai yang dah berniaga lebih 10 tahun, jangan kata RM2 juta, tetapi keuntungan RM200,000 setahun pun belum tentu ada bukan?

Susah nak percaya kan? Jangan percaya cakap saya atau sesiapa pun!

Rahsia Orang Berjaya

Apakah sifat-sifat istimewa yang dimiliki oleh orang-orang yang berjaya dan berhemah tinggi? Mengapakah mereka terus menempa kejayaan demi kejayaan sedangkan dalam masa yang sama orang lain terus dilanda masalah?
alt
Jawapannya ialah bagaimana mereka melihat setiap masalah yang dihadapi. Mereka mengendali setiap masalah secara betul dan praktikal. Mereka juga memahami enam prinsip yang berhubungkait dengan jenis masalah.
Penulis yang menemui jawapan ini dalam buku "Tough Times Never Last, But Tough People Do" oleh Dr. Robert H. Schuller ingin berkongsi dengan semua pembaca iluvislam.com tentang bagaimana untuk menuju kejayaan. 6 petua ini dipetik daripada buku tersebut.
1. Setiap Insan Yang Hidup Mempunyai Masalah
Apakah masalah anda? Anda tidak mempunyai pekerjaan? Mungkin anda berfikir bahawa setelah mendapat pekerjaan semua masalah akan lenyap. Mereka yang mempunyai pekerjaan juga bermasalah. Mereka mengeluh kerana terpaksa bangun pagi untuk ke tempat kerja setiap hari kerja. Dan ratusan, mungkin ribuan pekerja mendapat kerja yang tidak mereka sukai.
Sesetengah  orang pula beranggapan bahawa masalah mereka timbul kerana terpaksa melapor diri kepada seorang ketua. Tetapi ramai ketua yang menghadapai masalah, sama ada dari segi perhubungan atau pun pengurusan kakitangan.
Jadi bagaimanakah keadaan dengan mereka yang berjaya? Adakah mereka terkecuali daripada menghadapi masalah? Sebenarnya setiap kejayaan tidak menghapuskan masalah, ia melahirkan masalah yang baru. Terimalah ini sebagai satu hakikat hidup seharian.
2. Setiap Masalah Mempunyai Jangka Masa Yang Terhad
Setiap masalah akan berakhir. Lambat laun ia akan pergi jua.
Ketepatan kenyataan ini adalah jelas kalau kita menoleh kebelakang melihat sejarah manusia. Tamadun manusia menghadapi detik-detik kegemilangan dan juga kejatuhannya. Institusi kamanusiaan yang menghadapi suasana kemelesetan akan satu ketika nanti menuju kemercu kejayaan secara perlahan-lahan.
3. Setiap Masalah Harus Mempunyai Pengaruh Positif
Setiap masalah mengandungi bahan atau ramuan rahsia potensi yang kreatif, sama ada untuk diri anda atau pun orang lain. Masalah yang dihadapi oleh seseorang boleh dijadikan modal perniagaan yang menguntungkan untuk orang lain. Contohnya, seseorang yang pernah diisytiharkan muflis oleh mahkamah boleh bertindak sebagai seorang panasihat kepada mereka yang akan diumumkan sebagai muflis.
Masalah yang dihadapi oleh seseorang boleh memberi kesempatan atau peluang baik kepada orang lain.
4. Setiap Masalah Boleh Mengubah Sikap Anda
Sebagai contoh, kita kadang kala tersua dengan seorang jurujual yang berjaya. Tetapi bila diselidiki, ia berkelulusan dalam bidang sejarah dan pendidikan yang tidak ada kaitan dengan kerjayanya.
Sebenar ia dahulunya bekerja sebagai guru. Tetapi sebagai seorang guru yang menjemukan, ia telah menimbulkan banyak masalah kepada majikannya hingga ia diberhentikan kerja. Kerana marah disebabkan pemberhentian kerjanya, ia berazam untuk menunjukkan kepada masyarakat bahawa ia juga boleh berjaya dalam hidup.
Kini ia bersyukur kerana dibuang kerja kerana peristiwa itu membuat ia sangat marah hingga bertekad untuk terus berusaha hingga berjaya.
5.  Anda Boleh Buat Pilihan Untuk Mengawal Masalah
Anda mungkin tidak dapat mengawal masalah. Tetapi anda boleh merancang tindakan balas terhadapnya. Sekiranya anda mengawal rancangan tindakan balas terhadap masalah hidup, bermakna anda telah dapat mengawal masalah yang melanda diri sendiri.
Masalah boleh membuat anda lemah atau sebaliknya. Ia juga boleh membuat anda hidup dengan lebih baik ataupun menderita. Semuanya bergantung kepada diri anda.
6. Setiap Masalah Mempunyai Tindak Balas Yang Negatif dan Positif
Akhir sekali, orang-orang yang cekal hati boleh terus hidup walaupun dalam keadaan yang menyulitkan. Kerana mereka memilih untuk bertindak balas secara positif dalam keadaan sulit atau berbahaya walaupun ia bukan satu perkara yang mudah.
Misalnya, apakah tindak balas positif jika seseorang itu menghadapi masalah kewangan yang rumit? Dalam situasi ini apakah tindakan positif yang harus diambil? Larikan diri daripada penagih hutang? Mencari jalan keluar seperti minum hingga mabuk atau sebagainya?
Tidak! Tindakan balas negatif itu hanyalah penyelesaian sementara yang boleh membuahkan lain-lain masalah baru.
Tindakan positif terhadap masalah itu memerlukan semangat yang kuat untuk membuat langkah pertama. Ia memerlukan keberanian untuk bersemuka dengan penagih hutang dan berunding secara jujur dan terus terang. Jika mereka berkeras, maka jalan paling baik yang harus diambil secara undang-undang dan terhormat ialah menerima diisytiharkan sebagai muflis oleh mahkamah.
Pendek kata "Sekiranya anda tidak dapat selesaikan masalah, maka anda harus mengendalikannya".
- Artikel iluvislam.com

Cara Nak Menceburi Bidang Perniagaan

Secara ringkasnya, cara untuk memulakan perniagaan sebenarnya tidak susah, cuma ia menjadi agak rumit bila seseorang itu sudah biasa berada dalam keadaan complacent, dalam comfort zone, dan rasa tidak ada urgensi untuk memulakan perniagaan. Bila kita mahu memulakan perniagaan tanpa keazaman yang kuat, sekadar ikut-ikutan, ia menjadi lebih banyak alasan dari usaha.

Contoh2 dilema yang dihadapi oleh mereka yang ada keinginan untuk memulakan perniagaan:

1. Apa Yang Nak Dijual?


Biasanya ramai yang terlibat dalam dilema ini, iaitu tidak tahu apa yang hendak diniagakan. Kebanyakan orang menganggap berniaga perlu dengan menjual sesuatu. Untuk menjual sesuatu itu, perlu ada sesuatu. Di mana hendak dapatkan pembekal? Adakah orang nak beli? Dan masalah utama ialah tak tahu apa yang nak dijual.

2. Masalah Modal


Ramai yang nak berniaga tapi bermasalah dengan modal. Berapa modal yang diperlukan? Kena banyak ke sikit? Kena pakai duit simpanan sendiri ke? Dan sebagainya.

3. Masa


Nak buat apa-apa pekerjaan pun memerlukan masa. Kalau dah kerja 8-5 di waktu siang, tambah2 dengan duduk di KL, jem perjalanan lagi, malam penat, ada ke masa nak memulakan perniagaan? Sempat ke nak fokus antara keluarga, kerjaya dan bisnes?

4. Prospek Pelanggan


Siapa yang nak jadi pelanggan bila kita mula berniaga? Ada ke orang nak beli? Laku ke nanti?

5. Persaingan


Mampukah untuk berada sebaris di atas dari pesaing? Adakah mampu nak penetrate market yang sudah saturated? Perlukah cari perniagaan yang tiada pesaing?

OK itu antaranya lah. Mengikut pengalaman dan pemerhatian saya. Ramai antara rakan saya yang mempunyai impian dan cita-cita memiliki sebuah perniagaan, punya idea yang bagus dan sebagainya. Tapi disebabkan perkara2 di atas, mereka cuma tinggal idea dan cakap saja.
Mungkinkah idea dan cakap2 itu akan menjadi kenyataan? Antara penyelesaiannya:

1. Barang Yang Nak Dijual


Harus kita sedar, perniagaan tidak tertakluk kepada menjual barang semata-mata. Berniaga ditakrif sebagai menjual barang ni memang sangat popular, termasuklah bila bercakap tentang perniagaan internet, contohnya yang dijalankan oleh Irfan Khairi, ramai yang bertanya, “Dr Irfan Khairi jual apa ya?”. Perniagaan itu banyak cabangnya, selain menjual barang. Kita boleh menjual perkhidmatan, kepakaran, website, ruang iklan dan sebagainya.

2. Modal


Bagi yang mula2 nak berjinak2 dalam perniagaan dan tidak mengikuti sebarang kursus, eloklah bermula dengan skala kecil. Tak perlu berangan menyewa sebuah kedai sebagai langkah pertama sekiranya masih banyak komitmen lain. Perniagaan yang paling mudah untuk dimulakan dalam skala kecil ialah perniagaan online atau perniagaan internet. Tiada kos sewa tempat, malah blog boleh dibina secara percuma di beberapa platform contohnya wordpress dan blogspot.

3. Masa


Masa itu ada bagi orang yang benar2 sibuk dan bagi orang yang ‘perasan sibuk’, memang asyik tiada masa. Masa itu sentiasa ada bagi yang bijak merancang masanya. Orang yang sentiasa terbawa-bawa dengan angan2, berehat2, bersenang2, memang akan selalu tiada masa. Jadi, rancanglah masa dengan sebaiknya, buat jadual haria, to-do list dan sebagainya. Pasti kita nampak ‘wah banyaknya masa yang aku ada’.

4. Prospek Pelanggan


Sebaiknya target pada pelanggan yang ada persamaan dengan kita dan kepakaran kita, untuk memudahkan urusan terutama dari segi komunikasi. Seorang ibu mungkin lebih mudah mendekati ibu-ibu dan wanita lain. Namun prospek ini mestilah kena dengan apa yang kita tawarkan kepada mereka. Kalau jual produk penyusuan tak bolehlah target anak dara.

5. Persaingan


Kadang-kadang pesaing adalah perlu supaya kita tidak complacent. Bila ada pesaing, kita akan berusaha lebih dan pesaing ni akan memainkan peranan sebagai tukang beri motivasi kepada kita. Kita akan jadi lebih kreatif dengan adanya persaingan. Jangan takut pada persaingan, kerana persaingan itu sihat.

Cara paling mudah untuk memulakan perniagaan berskala sangat kecil ialah dengan menjual barang-barang yang telah digunakan (preloved items) di blog, forum atau mana2 website. Ia bukan sahaja tanpa modal malah tidak perlu mengeluarkan satu sen pun dan sekiranya anda menggunakan perkhidmatan iklan seperti Google Adwords pun, kosnya boleh diserap (absorb) dengan membuat perancangan awal.

Mudah bukan?

Adakah anda rasa cara ini bagus untuk memulakan perniagaan?

You might also like:

Kerjaya Mulia Yang Tidak Popular

Assalamualaikum dan Selamat Menempuh Alam Kerjaya di sini saya ingin berkongsi cerita tentang kerja yang mulia tapi tak popular. Semua orang tentu ada matlamat dalam kehidupannya. Ada yang meletakkan matlamat mengikut apa yang orang jangkakan daripadanya, ada yang ada pendirian kukuh dengan punyai matlamatnya sendiri tanpa ditentukan oleh orang lain.

Orang yang paling malang adalah mereka yang tak pernah terfikirkan apa matlamat hidupnya. Dia hanya "mengikut kaki melangkah". masa berlalu umur bertambah dan sepanjang hidupnya hanya mengikut sahaja apa yang terbentang padanya. Macam lalang, dipukul angin ke kiri, lentok kiri dipukul ke kanan lentok ke kanan.
Pemandu bas juga buat kerja mulia


Al-Quran meletakkan matlamat yang terbaik bagi setiap insan adalah kehidupan abadi yang selamat di akhirat kelak, itulah sebaik-baik matlamat. Untuk mendapatkannya hendaklah manusia menjadikan dunia ini sebagai tapak dia beramal dengan amal yang soleh. Apabila dicuba dia bersabar dan apabila diberi nikmat dia bersyukur.

Jika kita mengambil langkah di atas sebagai dasar, nampak terang apa kerja yang kita lakukan bukanlah perkara utama. Apa saja pekerjaan yang kita buat hanyalah alat bagi meraih ganjaran. Yang pentingnya ia dibenarkan oleh syarak dan hendaklah kita melaksanakan sebaik mungkin. Jika kita menjadi tukang sapu sampah, jadilah tukang sapu sampah yang terbaik didunia.

Dalam kehidupan ini banyak pekerjaan yang lansung tidak glamour tetapi merupakan jalan mudah kita meraih ganjaran kebaikan diakhirat. Perkara yang pasti dalam pekerjaan tidak glamour ini yang kita dapat adalah hilangnya sifat berlagak sombong disebabkan jenis kerja yang memang orang label tahap tak glamour. mari kita cuba senaraikan pekerjaan-pekerjaan tersebut.

  1. Kerja pembersihan tempat awam. Kerja-kerja ini termasuklah pembuang sampah, pemotong rumput, pencuci longkang dan sebagainya. Bayangkan betapa banyak faedah hasil dari kerja tersebut kepada orang ramai.
  2. Kerja pemandu bas sekolah. Bayangkan betapa mulianya membawa orang ramai terutamanya kanak-kanak pergi menuntut ilmu. Berapa ramai kanak-kanak yang pernah dibawa oleh pemandu bas sekolah kini telah menjadi manusia yang berguna hasil dari ilmu yang dituntutnya.
  3. Kerja guru atau ustaz. Ini tak payah nak hurai, kalau ada orang yang kata kerja ini tak mulia memang susah nak diubati.
  4. Kerja Nelayan tangkap ikan. Pengorbanan para nelayan yang kadangkala menyabung nyawa menangkap ikan untuk dibekalkan pada orang ramai.
  5. Kerja bercucuk tanam sebagai petani. Sayuran terbukti salah satu makanan yang amat diperlukan untuk kesihatan tubuh badan. begitu juga dengan buah-buahan, ia mampu meningkatkan tahap ketahanan badan melawan penyakit.
  6. Kerja sebagai pasukan penyelamat seperti bomba. Ramai yang pernah mendapatkan pertolongan pasukan bomba tentu amat menghargai mereka.
  7. Kerja penggali kubur. Kerja yang tak ramai orang mahu buat tapi kalau tak ada mereka kacau juga jadinya.
  8. Kerja siak masjid. Masjid yang bersih teratur selalu mendamaikan mereka yang mahu beribadat di sana, tapi tak ramai yang sedar sumbangan siak dalam kehidupan mereka.
  9. Peniaga atau saudagar. Mereka bertungkus lumus menawarkan khidmat atau barangan kemahiran mereka untuk kegunaan orang ramai. Peniaga yang jujur dan berusaha melepaskan keperluan orang lain amat banyak ganjarannya.
  10. Kerja kejururawatan. Majoriti daripada tugasan merawat pesakit dilakukan oleh para jururawat ini. Merekalah yang menahan segala kerenah pesakit. Membasuh darah, muntah dan lain-lain demi kesihatan pesakit.
Ada banyak lagi yang boleh kita fikirkan dalam kategori yang sama. Asal semua kerja adalah mulia jika dilaksanakan dengan hasrat melepaskan keperluan orang ramai yang memerlukannya. Kerjalah dengan ikhlas dan berikan yang terbaik. Keuntungan sentiasa akan mengekori mereka jujur. Setakat nak lepas keperluan hidup dan menyara anak bini pasti Allah cukupkan.

Sample CV Template


Name

Education

                                 Type Date Graduated
                                 University Name, City, State
                                 Type Degree
·         Type honors, clubs or committees involved with
·         Type honors, clubs or committees involved with

Experience


                                 Type Dates Employed

                                 Company name, City, State

                                 Job Title

·         Type job description here
·         Type job description here
·         Type job description here

                                 Type Dates Employed

                                 Company name, City, State

                                 Job Title

·         Type job description here
·         Type job description here
·         Type job description here

                                 Type Dates Employed

                                 Company name, City, State

                                 Job Title

·         Type job description here
·         Type job description here
·         Type job description here

Computer Skills
·         List computer skills


Street Address, City, State, Zip Code, Telephone, email

CONTOH RESUME BAHASA MELAYU

Contoh Resume | Contoh Resume Bahasa Melayu
MAKLUMAT PERIBADI
Nama Penuh: Rooney
Umur : 19 Tahun
Tarikh lahir : 15 Januari 1954
Bangsa : Melayu
No. K/P : XXXXXX
Warganegara : Malaysia


MAKLUMAT PENDIDIKAN

Institusi : Universiti Tenaga Nasional
Bidang Pengajian : Asasi Teknologi Maklumat
Kelulusan : Asasi
Tamat : Julai 2010

Institusi : Sekolah Menengah Kebangsaan Michael Smith
Bidang Pengajian : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Kelulusan : Lulus
Tamat : Julai 2008

Institusi : Sekolah Kebangsaan Harun Mat Din
Bidang Pengajian : Unit Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
Kelulusan : Darjah 6
Tamat : Julai 2003

PENCAPAIAN PENDIDIKAN

2009-2010 – Asasi Teknologi Maklumat, Universiti Tenaga Nasional (CGPA 4.00)
2008 – Sijil Pelajaran Malaysia (16A)
2006 – Penilaian Menengah Rendah (10A 2B)
2003 – Unit Penilaian Menengah Rendah (8A 1B)

PENGLIBATAN KO-KURIKULUM

Pengerusi, Kelab Siber 2007-2008
Pengerusi, Kelab Buku Teks Sekolah 2007-2008
Pengerusi, Badan Pengawas Sekolah, 2008
Pengerusi, Kadet Remaja Sekolah 2007-2008
Pengerusi, Penolong Bendahari, Rumah Sukan 2008

KEMAHIRAN

Mahir bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Kemahiran menggunakan applikasi komputer termasuk MS Office (MS Word, Excel dan Power Point)
Tahap penulisan (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) yang baik
Mempunyai Kelebihan Membina Web Berasaskan HTML
Kemahiran Membina Web Site Berasaskan PHP

Contoh Simple Resume No 2
Contoh resume memohon kerja Maklumat peribadi

Nama: Nurul Shuhada Binti Ibrahim

No. kad pengenalan: XXXXX

Alamat: No.11, Jalan Merdeka 1, Taman Merdeka, 71000 Melaka.

No. telefon: XXXXXXX

E-mel: XXXXXXXXX

Tarikh lahir: 26.8.1985

Jantina: Perempuan

Umur: 25 tahun

Status perkahwinan: Bujang

Status kesihatan: baik

Pendidikan

2006-2009: Sarjana Muda Perakaunan, Universiti Malaya

2005-2006: Progam Matrikulasi Kementerian Pengajian Tinggi

Pengalaman kerja

Mac-Jun 2010: Latihan industri di ABC Bank

Anugerah

2007-2009: Anugerah Dekan

2008: Johan Catur Majlis Sukan Universiti Malaysia

2008: Tempat Kedua Pidato Piala Naib Canselor Universiti Malaya


Mari kita mulakan. Penerangan contoh resume 1
Maklumat Peribadi (Personal Information)
Maklumat peribadi adalah merangkumi nama, alamat, nombor telefon dan e-mail. Anda boleh juga memasukkan profail ringkas yang merangkumi objektif kerjaya anda. Pastikan bahawa maklumat peribadi adalah ringkas. Tak payah nak masukkan info yang tidak relevan seperti warna rambut, status, tempat lahir, jumlah anak, jumlah isteri.. hehe

Hobi/ Aktiviti Masa Lapang (Interests/ Hobbies)
Majoriti majikan gemar mengambil calon yang mempunyai keseimbangan dalam kerjaya dan hidup. Menerangkan apa yang ada buat di masa senggang dapat menolong future employer menilai karektor anda. Adakah anda seorang yang suka menyertai kerja - kerja amal? Gemar fotografi? Menyelam? Penulisan kreatif?


Pendidikan dan Kelayakan Profesional (Education and Professional Qualifications)
Masukkan maklumat yang paling terkini sahaja. Misalnya, anda baru sahaja tamat pengajian ijazah. Maklumat tersebut adalah mencukupi, ditambah dengan maklumat sekolah menengah. Tak payah letak maklumat sekolah rendah, tadika dan taska. Sekiranya anda berkeras jugak (degil sungguh) nak letak maklumat sekolah rendah sebab anda lompat darjah dua kali (pandainyeeee... anak sape ni..), anda boleh berkongsi maklumat tersebut semasa temuduga, itupun sekiranya diperlukan. Bukan dalam resume.

Maklumat kelayakan profesional adalah kursus - kursus yang pernah anda ikuti atau persijilan (certification) tambahan yang anda perolehi. Misalnya, kursus keusahawanan, Six Sigma, LCCI cerification, kursus andaman dan sebagainya.

Ingat!

Hanya letakkan kelayakan profesional yang berkaitan dengan jawatan kosong yang anda pohon sahaja. Jangan beria - ia nak masukkan semua maklumat sampaikan kursus kahwin pun nak dimasukkan.

contoh Penerangan resume 2
Skil/ Kemahiran (Skills)
Sertakan ringkasan skil: kemahiran mengunakan aplikasi komputer, book keeping, kelajuan menaip, project management, menggubah bunga, penyediaan western food, dan sebagainya.

Ingat!

Hanya letakkan skil yang paling relevan dengan kerjaya anda sahaja. Kalau apply untuk kerja network engineer , jangan letak 'mahir menjahit cross-stitch'. Kena baling ngan telur busuk.

Bahasa (Language)
Letakkan seberapa banyak bahasa utama yang anda tahu, berserta tahap penggunaan. Sekiranya anda tahu bahasa asing seperti bahasa Jepun atau Perancis, pastikan maklumat tersebut turut disertakan.

Contoh:
Language Spoken Written
English 8 10
Malay 10 10
Mandarin 8 6
Arab 10 7

Kriteria bahasa adalah lebih mudah dibaca dalam bentuk jadual. Pilihan jadual juga mempelbagaikan kandungan resume anda supaya tidak nampak mendatar.

Contoh resume 3
Pengalaman Kerja (Working Experience)
Maklumat yang paling penting dalam penulisan resume anda adalah pengalaman kerja. Mengapa?

• perkara pertama yang akan dipertimbangkan oleh majikan.

• membezakan antara yang experienced dan fresh graduate .

• memutuskan sama ada anda mampu memikul tanggungjawab yang lebih berat.

• menentukan basic salary anda.

So camane nak start cerita pasal working experience nih?

The best would be in reverse chronological order (didahului dengan pengalaman kerja yang paling akhir). Semasa temuduga juga, majikan akan lebih menekankan soalan yang berkaitan dengan pengalaman kerjaya anda yang terkini.

Nyatakan tarikh (tahun/ bulan) bila anda bermula dan mengakhiri setiap kerjaya. Pastikan tiada ruang kosong atau jarak yang lama di antaranya. Sekiranya ada, pastikan anda boleh menyatakan sebabnya apabila disoal semasa temuduga kelak.

Terangkan dengan jelas tentang tugas dan tanggungjawab anda untuk setiap kerjaya. Tekankan skil yang paling relevan dengan kerjaya yang anda pohon. Anda boleh menggunakan beberapa perkataan yang power untuk memberikan professional feel kepada penulisan resume anda.

Hadkan pengalaman kerja anda kepada tiga yang terakhir. Lima paling maksima. Sekiranya anda nyatakan lebih dari itu, majikan mungkin akan mendapat tanggapan bahawa anda suka job hopping (bertukar - tukar kerja).

Fresh graduates : Anda boleh abaikan bahagian ini. Tapi jangan lupa menyatakan tentang kursus atau praktikal yang pernah anda ikuti sekiranya ada.

Pencapaian dalam Kerjaya (Accomplishments) contoh resume 4

Fikirkan. Apakah yang akan membezakan penulisan resume anda dengan yang lain?

Calon lain pun ada skil yang diperlukan.

Calon lain pun ada beberapa tahun pengalaman.

Calon lain pun ada rujukan yang baik.

Jadi apa yang anda boleh buat untuk membezakan atau menaikkan taraf resume anda daripada mereka?

Jawapannya adalah: pencapaian anda dalam bidang kerjaya

Inilah kriteria penghulu dalam penulisan sebuah resume. Biasanya diletakkan selepas atau digabungkan dengan kriteria Working Experience. Sekiranya kriteria ini dihuraikan dengan baik (dan segala aspek resume yang lain dipatuhi), saya jamin bahawa kemungkinan anda dipanggil temuduga adalah 110%. Begitulah kuatnya impak Accomplishments. It can work wonders.

Tetapi jarang sekali saya lihat kriteria di atas dititik beratkan oleh calon.

Pencapaian dalam kerjaya bermaksud pencapaian atau sumbangan anda yang ketara semasa bertugas. Ia mungkin dalam bentuk keuntungan, penjimatan, pembaik pulihan, pengiktirafan, anugerah dan sebagainya.

Lihat dua contoh di bawah:

Contoh A

Prepared training modules for new hires

Contoh B

Developed comprehensive training modules (Soft-skills & Product Knowledge) for new hires that lead to 32% increase in service level

Nampak tak perbezaan antara A dan B? Kedua - duanya menerangkan perkara yang sama tetapi ayat B mempunyai 3 kekuatan:

pengunaan perkataan yang power - developed, comprehensive
penerangan yang lebih fokus - softskill & product knowledge
pencapaian - that lead to 32% increase in service level

Ayat manakah yang anda rasa akan menarik perhatian bakal majikan? Tepuk dada dan tanyalah selera.

contoh Penerangan resume 5

Rujukan (Referees)

Maklumat berkaitan dengan orang yang boleh menjadi rujukan anda. Jumlah optimum adalah empat orang. Dua dari bidang akademi, dua dari bidang pekerjaan. Maklumat yang perlu ada adalah nama, jawatan, syarikat dan nombor untuk dihubungi. Tempoh perkenalan adalah tidak perlu.

Penting!

Mintak izin dulu ye? Jangan memandai nak sumbat maklumat orang lain sesuka ati korang. Pentingnya meminta izin adalah supaya rujukan anda bersedia untuk bekerjasama sekiranya dihubungi oleh bakal majikan anda.

Bukan semua syarikat memerlukan rujukan. Jadi, anda boleh memilih untuk tidak menyertakan rujukan. Sekiranya diperlukan, maklumat rujukan boleh diberikan semasa temuduga atau diisi dalam borang temuduga.

Gaji (Salary)

Gaji sekarang (current salary)

Ada yang suka menipu dengan meletakkan amaun yang lebih tinggi untuk current salary, dengan harapan akan mendapat expected salary yang diinginkan. Ketahuilah bahawa majoriti syarikat akan meminta slip gaji terakhir sebelum menawarkan anda kerja. Kalau terbukti anda menipu, lupakan saja peluang anda untuk menjawat jawatan tersebut.

Dengan kata lain, anda kantoi.

Gaji yang dikehendaki (expected salary)

Expected salary mestilah setimpal dengan kelayakan dan pengalaman anda. Setiap kali anda bertukar kerja, secara kasarnya anda boleh menaikkan expected salary dengan penambahan RM500 - RM2000 (pastikan setimpal dengan pengalaman). Atau gunakan prinsip kenaikan 30% - 50% dari gaji lama.

Jangan sekali - kali meletakkan gaji yang spesifik. Nyatakan lingkungan gaji yang dikehendaki sahaja.

Jangan lupa letakkan terma 'Negotiable' atau yang seangkatan dengannya. All the little details count! Terma ini menggambarkan bahawa gaji yang anda kehendaki masih boleh dirundingkan semasa proses temuduga nanti.

Contoh:
Expected Salary

RM2500 - RM3200 (Negotiable)

RM3200

RM2500 - RM3200 (Nego)

RM2500 - RM3200 (Negotiate)

Salary is fully negotiable

Salary is negotiable, depending on the responsibilities of the position.

Isu gaji paling baik dibincangkan semasa temuduga. Nyatakan gaji yang dikehendaki (expected salary) dalam resume hanya jika diminta berbuat demikian. Dikhuatiri, jika anda meletakkan gaji yang terlalu tinggi atau terlalu rendah, risiko untuk anda diketepikan dari panggilan temuduga juga sangat tinggi.


Google : Contoh resume, contoh resume spa separa perubatan, contoh resume untuk spa, contoh resume bahasa melayu, resume bahasa melayu, contoh resume dalam bahasa melayu, format resume bahasa melayu, contoh menulis resume, contoh resume 2011, contoh resume lengkap, contoh resume minta kerja, contoh resume permohonan kerja, Resume guide, contoh resume minta kerja, contoh resume yang terbaik,contoh resume yang baik,contoh resume terbaik,contoh penulisan resume,contoh format resume terbaik,format resume yang terbaik,contoh resume yang mudah,penulisan resume,contoh resume bahasa malaysia pengalaman kerja,pengalaman yang berkesan,contoh contoh resume,resume terbaik bahasa melayu SPA,contoh resume yg terbaik,jenis resume terbaik,penulisan biodata,contoh rusume peribadi,contoh ruseme yg baik,contoh resume yang yang baik,contoh-contoh penulisan resume,resume penulisan bahasa melayu