selamat datang

Followers

Wednesday 7 December 2011

Kerjaya Mulia Yang Tidak Popular

Assalamualaikum dan Selamat Menempuh Alam Kerjaya di sini saya ingin berkongsi cerita tentang kerja yang mulia tapi tak popular. Semua orang tentu ada matlamat dalam kehidupannya. Ada yang meletakkan matlamat mengikut apa yang orang jangkakan daripadanya, ada yang ada pendirian kukuh dengan punyai matlamatnya sendiri tanpa ditentukan oleh orang lain.

Orang yang paling malang adalah mereka yang tak pernah terfikirkan apa matlamat hidupnya. Dia hanya "mengikut kaki melangkah". masa berlalu umur bertambah dan sepanjang hidupnya hanya mengikut sahaja apa yang terbentang padanya. Macam lalang, dipukul angin ke kiri, lentok kiri dipukul ke kanan lentok ke kanan.
Pemandu bas juga buat kerja mulia


Al-Quran meletakkan matlamat yang terbaik bagi setiap insan adalah kehidupan abadi yang selamat di akhirat kelak, itulah sebaik-baik matlamat. Untuk mendapatkannya hendaklah manusia menjadikan dunia ini sebagai tapak dia beramal dengan amal yang soleh. Apabila dicuba dia bersabar dan apabila diberi nikmat dia bersyukur.

Jika kita mengambil langkah di atas sebagai dasar, nampak terang apa kerja yang kita lakukan bukanlah perkara utama. Apa saja pekerjaan yang kita buat hanyalah alat bagi meraih ganjaran. Yang pentingnya ia dibenarkan oleh syarak dan hendaklah kita melaksanakan sebaik mungkin. Jika kita menjadi tukang sapu sampah, jadilah tukang sapu sampah yang terbaik didunia.

Dalam kehidupan ini banyak pekerjaan yang lansung tidak glamour tetapi merupakan jalan mudah kita meraih ganjaran kebaikan diakhirat. Perkara yang pasti dalam pekerjaan tidak glamour ini yang kita dapat adalah hilangnya sifat berlagak sombong disebabkan jenis kerja yang memang orang label tahap tak glamour. mari kita cuba senaraikan pekerjaan-pekerjaan tersebut.

  1. Kerja pembersihan tempat awam. Kerja-kerja ini termasuklah pembuang sampah, pemotong rumput, pencuci longkang dan sebagainya. Bayangkan betapa banyak faedah hasil dari kerja tersebut kepada orang ramai.
  2. Kerja pemandu bas sekolah. Bayangkan betapa mulianya membawa orang ramai terutamanya kanak-kanak pergi menuntut ilmu. Berapa ramai kanak-kanak yang pernah dibawa oleh pemandu bas sekolah kini telah menjadi manusia yang berguna hasil dari ilmu yang dituntutnya.
  3. Kerja guru atau ustaz. Ini tak payah nak hurai, kalau ada orang yang kata kerja ini tak mulia memang susah nak diubati.
  4. Kerja Nelayan tangkap ikan. Pengorbanan para nelayan yang kadangkala menyabung nyawa menangkap ikan untuk dibekalkan pada orang ramai.
  5. Kerja bercucuk tanam sebagai petani. Sayuran terbukti salah satu makanan yang amat diperlukan untuk kesihatan tubuh badan. begitu juga dengan buah-buahan, ia mampu meningkatkan tahap ketahanan badan melawan penyakit.
  6. Kerja sebagai pasukan penyelamat seperti bomba. Ramai yang pernah mendapatkan pertolongan pasukan bomba tentu amat menghargai mereka.
  7. Kerja penggali kubur. Kerja yang tak ramai orang mahu buat tapi kalau tak ada mereka kacau juga jadinya.
  8. Kerja siak masjid. Masjid yang bersih teratur selalu mendamaikan mereka yang mahu beribadat di sana, tapi tak ramai yang sedar sumbangan siak dalam kehidupan mereka.
  9. Peniaga atau saudagar. Mereka bertungkus lumus menawarkan khidmat atau barangan kemahiran mereka untuk kegunaan orang ramai. Peniaga yang jujur dan berusaha melepaskan keperluan orang lain amat banyak ganjarannya.
  10. Kerja kejururawatan. Majoriti daripada tugasan merawat pesakit dilakukan oleh para jururawat ini. Merekalah yang menahan segala kerenah pesakit. Membasuh darah, muntah dan lain-lain demi kesihatan pesakit.
Ada banyak lagi yang boleh kita fikirkan dalam kategori yang sama. Asal semua kerja adalah mulia jika dilaksanakan dengan hasrat melepaskan keperluan orang ramai yang memerlukannya. Kerjalah dengan ikhlas dan berikan yang terbaik. Keuntungan sentiasa akan mengekori mereka jujur. Setakat nak lepas keperluan hidup dan menyara anak bini pasti Allah cukupkan.

No comments:

Post a Comment