selamat datang

Followers

Thursday 17 November 2011

PEMILIHAN KERJAYA

KONSEP PEMILIHAN KERJAYA

Rujukan maklumat daripada : http://members.tripod.com/maklumat_ppd/kerjaya.htm
        Individu akan cuba mengimplimentasikan konsep kendiri dengan memilih pekerjaan yang akan membenarkan ekspresi diri. • Kepuasan kerja dan kepuasan hidup bergantung kepada sejauh mana individu berupaya mencari jalan keluar untuk menyalurkan ciri-ciri yang ada pada dirinya. •
         Semakin hampir keselarasan antara ciri-ciri personal dengan keperluan-keperluan dalam sesuatu pekerjaan, maka semakin besar kemungkinan seseorang itu untuk berjaya dalam bidang berkenaan. • Kepuasan kerja, kebolehan, pencapaian dan stabiliti adalah bergantung kepada darjah keselarasan atau darjah kongruens antara jenis personaliti dengan persekitaran kerja.

MASALAH PEMILIHAN KERJAYA REMAJA

           Remaja kurang atau tiada kebolehan dalam membuat keputusan tentang kerjya kerana mempunyai minat yang pelbagai, minay yang tidak jelas atau tiada mempunyai minat. • Remaja tidak dapat menjangka dengan baik tentang personalitinya, minatnya, nilainya, serta kebolehannya hingga pilihan yang dibuat tidak setimpal dengan ciri-ciri dirinya. • Remaja kekurangan atau tiada pengetahuan serta maklumat berkaitan dengan dunia pekerjaan.

STRATEGI PEMILIHAN KERJAYA

1. Mengenalpasti trait-trait dan ciri-ciri individu termasuklah personaliti, minat, nilai, dan pencapaian individu iaitu
    mengenal potensi diri.
2. Mengenalpasti dan menganalisis keperluan-keperluan pekerjaan iaitu mengenali dunia pekerjaan.
3. Memadankan individu dengan pekerjaan iaitu memadankan potensi diri dengan kerjaya yang sesuai.

TEORI KERJAYA HOLLAND

1. REALISTIK- ORANG JENIS PRAKTIKAL (KEMAHIRAN PERTUKANGAN DAN MEKANIKAL)
  • a. CIRI-CIRI Stabil, natural, maskulin, praktikal, tekun, terus terang, berdikari, fizikal, 
  •     materealistik, jujur, pemalu, akur, tulen, inventif, normal, berpendirian tetap, cermat, keras 
  •     hati, berulang-ulang, kurang celik akal. 
  • b. SUKA Aktiviti mekanikal, kerja luar, atletik (sukan), aktiviti manual, benda konkrit (wang, kuasa 
  •     dan status), bekerja dengan peralatan, tumbuhan, dan haiwan. 
  • c. TIDAK SUKA Aktiviti akademik, aktiviti sosial, pendedahan kendiri, bekerja dengan orang lain. 
  • d. ORIENTASI Penglibatan secara lansung dengan aktiviti konkrit, manipulasi objek. 
  • e. PEKERJAAN Jenis pembaikan mekanikal, elektrikal, kejuruteraan, mekanik, guru kemahiran 
  •     hidup, juruteknik, pegawai perikanan, pegawai perhutanan, pegawai mergastua, tukang masak, 
  •     pereka fesyen, jurufoto, juruukur, penyelam, pemandu, atendan pam minyak, tukang kayu, 
  •     tukang paip. 
  • f. BIDANG PENGAJIAN Kejuruteraan awam, kejuruteran mekanikal, perhutanan, teknologi 
  •     perubatan, penyediaan makanan, bidang teknik dan vokasional, pertanian dan penternakan. 
  • g. PERSEKITARAN AKADEMIK Memupuk kecekapan dan pencapaian daripada teknikal dan 
  •     memanipulasikan benda, mesin, pertanian, dan penternakan. Ganjaran bernialai seperti wang, 
  •     kuasa, status, dan sesuatu yang dimiliki. Menggalakkan individu melihat dunia secara mudah 
  •     dan tradisional. 

2. INVESTIGATIF - ORANG JENIS MENGANALISIS (SAINTIFIK DAN TEKNIKAL)
  • a. CIRI-CIRI Analitik, intelektual, teliti, ingin tahu, bebas, asli, rasional, pasif, pendiam, kritikal, 
  •     tepat, pesemistik, berdikari, berhati-hati, cekal, introvert, introspektif, sistematik, radikal, tidak 
  •     popular. 
  • b. SUKA Aktiviti abstrak dan simbolik, sains dan matematik, pengamatan dan penyelidikan, 
  •     penyelesaian masalah, bekerja sendirian. 
  • c. TIDAK SUKA Aktiviti sosial, aktiviti berulang-ulang, peraturan yang rigid, memujuk orang lain, 
  •     bekerja dengan orang lain, kepimpinan. 
  • d. ORIENTASI Penyelidikan dan penyelesaian masalah. 
  • e. PEKERJAAN Saintis, pakar bedah, penyelidik, psikiatri, ahli kaji cuaca, ahli kaji bumi, ahli kaji 
  •     bintang, optometris, ahli ekonomi, ahli patologi, jurutera elektrik, pembantu makmal, 
  •     juruteknik perubatan, penulis rencana, penyunting, ahli antropologi, pengaturcara komputer. 
  • f. BIDANG PENGAJIAN Perubatan, Sains dan Matematik, ekonomi, geologi, sains industri, sains 
  •     komputer, psikologi, kejuruteraan kimia, kejuruteraan sumber asli, kejuruteraan sains 
  •    Geoinformasi. 
  • g. PERSEKITARAN AKADEMIK Memupuk kecekapan dan pencapaian saintifik, pemerhatian dan penyiasatan fenomena secara sistematik, ganjaran bernilai saintifik. Menggalakkan individu melihat dunia secara kompleks, abstrak, bebas dan semulajadi. 

3. ARTISTIK - ORANG JENIS BERKARYA (SENI, MUZIK DAN PENULISAN)
CIRI-CIRI Sensitif, berimaginasi, banyak idea, bebas, lembut, emosi, introspektif, fleksibel, tergesa-gesa, tidak bersistem, berpendirian, kurang bersosial, mudah meluahkan perasaan, suka bersendirian, ekspresif, intuitif, terbuka, idealistik, tidak praktikal.
  • a. SUKA Kreativiti, idea, situasi, tidak berstruktur, cenderung aktiviti kesusasteraan, bahasa, 
  •     muzik, drama, seni lukis, puisi, vokalis, penulisan berkarya, isu kemanusiaan, kerja 
  •     bersendirian. 
  • b. TIDAK SUKA Kerja-kerja fizikal, situasi berstruktur, kerja perkeranian, perniagaan dan sistem 
  •     pengurusan dan ppentadbiran, manipulasi data. 
  • c. ORIENTASI Berkarya, mencipta idea. d. PEKERJAAN Guru bahasa dan sastera, seniman, ahli 
  •     muzik, pereka fesyen, komposer, penulis skrip, kartunis, pereka grafik, arkitek, pereka tari, 
  •     pengarah drama/ teater, ppenyair, penyunting filem, juru solek, pelukis, wartawan. 
  • e. BIDANG PENGAJIAN Kesenian (seni lukis dan seni reka), kesusasteraan dan budaya, muzik, 
  •     alam bina, pengajian bahasa, seni bina perancangan, falsafah. 
  • f. PERSEKITARAN AKADEMIK Memupuk kecekapan dan pencapaian dalam seni dan situasi kabur, 
  •     kerja bebas dan tidak bersistematik. Ganjaran bernilai seni. Menggalakkan individu melihat 
  •     dunia secara kompleks, tidak konvensional dan fleksibel. 

4. SOSIAL - ORANG JENIS SOSIAL (PENDIDIKAN DAN KEBAJIKAN)
  • a) CIRI-CIRI Kerjasama, menolong, rasional, bijaksana, ambil berat, memujuk, prihatin, 
  •     bertanggunhjawab, peramah, penyabar, baik hati, idealistik, riang, ekstrovert, agresif, 
  •     memahami orang lain, mudah berinteraksi, suka bergaul, pemurah, kewanitaan. 
  1. SUKA Perhatian, berurusan dengan orang lain, bersosial, menolong, kerja-kerja amal dan kemasyarakatan, perbincangan, pendidikan, menghadiri majlis sosial, aktiviti kebajikan, menunjuk ajar, memikirkan masalah masyarakat. 
  2. TIDAK SUKA Kerja-kerja fizikal, aktiviti luar, kerja dengan peralatan, kerja-kerja terlalu berstruktur, bidang mekanikal dan saintifik. 
  3. ORIENTASI Kebajikan, kemasyarakatan dan pendidikan. d. PEKERJAAN Pensyarah, guru, ustaz, ahli politik, jururawat, kaunselor, pegawai kastam, pegawai kebajikan, juruacara, pramugari, ahli psikologi klinikal, diplomat, ahli sosiologi 
  4. BIDANG PENGAJIAN Sosial, pentadbiran, pendidikan, sejarah sains, kemasyarakatan, pengajian agama, sains politik, pembangunan sumber manusia, ekologi manusia. 
  5. PERSEKITARAN AKADEMIK Memupuk kecekapan interpersonal, minat dalam memberitahu, melatih, mengubati, menyedarkan orang lain. Ganjaran bernilai sosial dan kemasyarakatan. Menggalakkan individu melihat dunia dan dengan cara yang fleksibel. 

5. ENTERPRISING - ORANG JENIS USAHAWAN (PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN)
  • a) CIRI-CIRI Agresif, memujuk, sergas, cita-cita tinggi, ekstrovert, berlagak, bebas, bersungguh-
  •     sungguh, suka berbahas, optimistik, yakin, mempengaruhi, menggoda, petah, manipulasi, 
  •     dominan, kemahiran interpersonal yang baik, kebolehan memimpin, menonjolkan diri, regular, 
  •     pentingkan diri, maskulin, bermotivasi. 
  1. SUKA Kuasa, status, mentadbir dan kepimpinan, keuntungan, ekonomi, regular, keseronokan, suka mengambara, bersosial, suka cabaran. 
  2. TIDAK SUKA Aktiviti sistematik, kemahiran saintifik dan teknikal, intelektual, isu-isu abstrak dan simbolik, kerja yang ditentukan dan diawasi.
  3. ORIENTASI Manipulasi keuntungan dan mempengaruhi orang lain. 
  4. PEKERJAAN Pegawai pemasaran, perunding, pengurus, peguam, hakim, pegawai insurans, ahli politik, penerbit, pengarah muzium, pegawai penilai, usahawan, pengurus syarikat, pekerja perhotelan, jurujual pasaran saham, spekulator, pengurus personal. 
  5. BIDANG PENGAJIAN Pengurusan dan pentadbiran, pemasaran perniagaan, perundangan, perhotelan, penyediaan makanan, sains aktuari, perlancongan, rekreasi, kejuruteraan industri, pengurusan personal. 
  6. PERSEKITARAN AKADEMIK Memupuk kecekapan mempengaruhi dan memimpin. Pencapaian dan manipulasi orang lain untuk matlamat peribadi dan organisasi. Ganjaran bernilai keusahawanan dan matlamat (wang, status dan kuasa). Menggalakkan individu melihat dunia dari segi kuasa, harta, tanggungjawab, mudah dan stereotaip. 

 6. KONVENSIONAL - ORANG JENIS SISTEMATIK ( PERKERJAAN DAN ORGANISASI PEJABAT)
  • a) CIRI-CIRI Jujur, berhemat, kemas, akur, cekap, sopan, teliti, tekun, bersungguh-sungguh, 
  •     suka mempertahankan diri, pandai sesuaikan diri, tidak suka berimaginasi, mendesak, tegas, 
  •     praktikal, stereotaip, dominan, disiplin, konservatif, kurang berdikari, terancang,  
  •     rigid bergantungan. 
  1. SUKA Arahan, tugas sistematik dan terancang, elak diri daripada masalah, menyusun maklumat, data dan sistem fail. Bekerja dengan data, maklumat dan sistem fail. 
  2. TIDAK SUKA Aktiviti tidak bersistem, arahan kabur, isu-isu imaginatif, situasi yang rumit, kemahiran seni, aktiviti-aktiviti kurang pengstrukturan. 
  3. ORIENTASI Manipulasi data dan sistematik. 
  4. PEKERJAAN Akauntan, operator komputer, kerani pos, pustakawan, peguam kredit, pegawai cukai, kerani kewangan, jurutaip, setiausaha, juruaudit, pegawai statistik, pegawai kawalan mutu, juru trengkas, penilai harta, kerani kaunter, guru perdagangan. 
  5. BIDANG PENGAJIAN Teknologi maklumat, sains komputer, pengurusan dan pentadbiran, sains perpustakaan, sains kesetiausahaan, perakaunan, kewangan pendidikan, perniagaan. 
  6. PERSEKITARAN AKADEMIK Memupuk kecekapan mengikut arahan dan perkeranian, Manipulasi data, rekod atau bahan bertulis. Ganjaran bernilai wang, pergantungan dan akur. Menggalakkan individu melihat dunia dengan cara konvensional, stereotaip, pergantungan dan mudah
             
        Rajah 1 :   Struktur hexagon enam jenis personaliti dan model persekitaran.

Sumber :   Holland, J.L., Whitney, D.R., et al. Dalam Holland, J.L. Making Vocational    Choices: A Theory Of Careers. Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice-Hall,   Inc. 1973
 
 
Terrdapat perhubungan secara psikologi diantara jenis-jenis personaliti ini. Sesetengah jenis personaliti mempunyai sebahagian daripada ciri-ciri personaliti yang lain dan seseorang individu itu mungkin dapat digolongkan ke dalam jenis personaliti yang terdiri daripada satu dan lebih mengikut susunan model hexagon (lihat Rajah 1). Mengikut Holland (1973, 1985a) terdapat tiga tujuan model hexagon terhadap teorinya.

i. Model hexagon dapat menerangkan darjah ketekalan pola personaliti seseorang individu. Dengan menggunakan profil yang diperolehi daripada skor-skor VPI, SDS dan SDS-E,  salah satu daripada tiga tahap ketekalan dapat ditentukan dengan cara mengambil dua skor skala yang tertinggi. Bagi Holland (1973, 1985a), tahap ketekalan dapat dibahagikan kepada tiga iaitu  tinggi, sederhana dan rendah. Pola personaliti yang bersebelahan mengikut susunan hexagon dianggap mempunyai tahap ketekalan yang tinggi ( R-I, I-A, A-S, S-E, E-K, K-R dan lain-lain), manakala pola personaliti yang bertentangan di dalam hexagon  dianggap mempunyai tahap ketekalan yang paling rendah (R-S, I-E dan A-K). Pola personaliti yang disusun dengan setiap jenis personaliti yang lain di dalam hexagon membentuk tahap ketekalan yang sederhana (misalnya, R-A, I-S, A-E, dan lain-lain).


Jadual 1.1            Tahap-tahap Ketekalan Holland
 
Tahap ketekalan
Pola-Pola Personaliti
Tinggi
RI, RK, IR, IA, AI, AI, SA, SE, ES, EK, KE, KR      
Sederhana
RA, RE, IS, IK, AR, AE, SI, SK, EA, ER, KS, KI
Rendah
RS, IE, AK, SR, EI, KA

Sumber: Holland, J.L. Making Of Vocational Choice:  A Theory Of Vocational Personality and Work Environment.  (Edisi Kedua).  Englewood Cliff.  New Jersey:  Pentice-Hall Inc. 1985.

ii. Model hexagon juga memperjelaskan ketekalan sesuatu persekitaran dengan cara yang sama. Dalam hal ini, Holland (1973, 1985a) telah menggunakan kaedah menukarkan skor-skor yang diperolehi daripada pengukuran jenis-jenis personaliti kepada bentuk peratusan untuk membentuk profil sesuatu persekitaran.


iii.                Model hexagon dapat menerangkan dengan lebih jelas lagi tentang darjah kongruen di antara personaliti dengan persekitaran. Mengikut Holland (1973, 1985a), kedudukan yang paling  kongruen bagi individu yang mempunyai jenis personaliti Sosial (S) ialah apabila ia berada dalam persekitaran  Sosial (S), manakala keadaan yang paling tidak kongruen bagi seseorang individu yang mempunyai jenis personaliti Sosial (S) ialah apabila berada dalam model persekitaran Realistik ( R ).

Kombinasi dan interaksi yang kongruen di antara personaliti dengan persekitaran mengikut model hexagon, dapat menghasilkan beberapa tingkah laku yang boleh dijangkakan seperti kepuasan, pencapaian dan pertukaran kerja.

Mengukur Personaliti
Dua kaedah utama yang boleh digunakan untuk mengukur jenis-jenis personaliti seseorang individu, ialah:

1.      Kaedah  Ujian
Iaitu dengan mnggunkan mana-mana ujian yang dibina oleh Holland  (1985, 1977, & 1973) berasaskan teori berkaitan. Tiga ujian yang ada ialah  Vocational Preference Inventory (VPI), Self directed Search (SDS), dan My Vocational Siuaston (MVS).  Pengguna menjawab item dalam ujian dan skor ujian akan ditafsir dalam bentuk personaliti atau minat kerjaya

2.      Kaedah Temu bual
Dengan meminta seseorang menyatakan minat mereka, atau memerhatikan aktiviti-aktiviti pilihannya.

 ADMIN:
ASJ