selamat datang

Followers

Wednesday 30 November 2011

SISTEM PENGAJIAN IPTA

Sistem pengajian tinggi dibentuk bagi memastikan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dapat membina reputasi dengan mempunyai keupayaan yang dinamik, berdaya saing, mampu meramal cabaran mendatang dan bersedia bertindak secara berkesan seiring dengan perkembangan globalisasi. Usaha meningkatkan keupayaan IPTA akan berterusan untuk melaksanakan fungsi dan tanggungjawabnya dengan lebih cekap, telus dan berkesan ke arah mewujudkan sistem pengajian tinggi yang cemerlang.
 
Selaras dengan matlamat tersebut, IPTA di Malaysia dikategorikan kepada tiga (3) kumpulan, iaitu universiti penyelidikan, universiti berfokus (teknikal, pendidikan, pengurusan dan pertahanan) dan universiti komprehensif. Sehingga kini, terdapat 20 buah IPTA yang terdiri daripada empat (4) universiti penyelidikan, empat (4) universiti komprehensif dan dua belas (12) lagi universiti berfokus.
 
Universiti penyelidikan memberikan tumpuan kepada bidang penyelidikan, universiti berfokus tertumpu kepada bidang khusus berkaitan penubuhannya, manakala universiti komprehensif menawarkan pelbagai kursus dan bidang pengajian. Sumber: http://www.mohe.gov.my/

No comments:

Post a Comment