selamat datang

Followers

Wednesday, 7 December 2011

Halatuju

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Keputusan peperiksaan PMR akan diumumkan beberapa detik sahaja lagi. Namun, para pelajar perlu persediaan mental untuk menghadapi keputusan setelah berusaha sehabis baik. Selepas keputusan peperiksaan PMR diumumkan, pelbagai andaian akan bermain dalam fikiran pelajar samada meneruskan pembelajaran di sekolah yang sama atau bertukar sekolah lain untuk merasai persekitaran yang baru. Namun, berdasarkan keputusan peperiksaan kelak, pemilihan untuk berada di Aliran Sains, Aliran Sastera ataupun Aliran Teknikal memerlukan keputusan pemilihan daripada para pelajar sendiri. Adakah jika anda memperoleh keputusan 8A kelak, anda bercita-cita untuk meneruskan dalam Aliran Sains, Aliran Teknikal atau pun Aliran Sastera?Bagaimana pula dengan pelajar yang kurang bernasib baik?Aliran manakah yang sesuai dengan diri?

Buatlah keputusan yang tepat kelak akan memberi kesan kepada halatuju kerjaya anda kelak...Semoga Berjaya. Berjumpalah dengan kaunselor anda untuk melaksanakan bimbingan dan sesi kaunseling untuk merungkai pemilihan aliran yang bersesuaian dengan minat diri anda dan juga kesesuaian keputusan peperiksaan. 


KECEMERLANGAN AKADEMIK ADALAH WACANA UTAMA MEMBERI HALATUJU KERJAYA. NAMUN, KECEMERLANGAN SEMATA-MATA TIDAK MEMBERI JAMINAN 100% TERHADAP CITA-CITA DAN PILIHAN KERJAYA YANG ANDA INGINKAN. SEBALIKNYA PILIHAN DAN KEPUTUSAN YANG BIJAKSANA MAMPU MENGUBAH HIDUP ANDA.

ADMIN,
NAMB


Monday, 5 December 2011

Sistem Xplorasi


Asas Xplorasi PDF Cetak E-mail
Sistem Xplorasi dibangunkan berasaskan teori kerjaya Teori Typologi kerjaya yang dibina oleh John Holland (1985, 1973)

Teori Typologi Kerjaya Holland

Teori ini menerangkan tentang personaliti dan persekitaran kerja yang mementingkan kesesuaian personaliti dengan pekerjaan yang dilakukan oleh seseorang.
Dua perkara pokok yang diandaikan ialah:

1.      Manusia boleh dikategorikan mengikut keserupaannya kepada salah satu daripada enam jenis personaliti: Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E) dan Konvensional (K), atau ringkasnya RIASEK. Semakin hampir seseorang itu menyerupai sesuatu jenis personaliti tertentu, semakin mungkin dia akan menunjukkan trait-trait peribadi dan tingkah laku yang dapat dikaitkan dengan jenis personaliti tersebut;

2.      Persekitaran tempat individu itu berada atau bekerja boleh dikategorikan berdasarkan keserupaan kepada salah satu daripada enam model persekitaran: Realistik (R), Investigatif (I), Aristik (A), Sosial (S), Enterprising (E) dan Konvensional (K) atau ringkasnya RIASEK. Mengikut pandangan Holand (1973, 1985a) , individu akan mencari persekitaran yang sesuai dengan ciri-ciri personalitinya supaya dia boleh menyatakan sikap dan nilai serta menunjukkan kebolehan dan kemahiran dalam persekitaran tersebut.
Terdapat hubungan yang rapat di antara jenis personaliti dengan persekitaran kerja. Bagi beliau, pemilihan sesuatu kerjaya merupakan suatu tingkah laku ekspresif yang mencerminkan motivasi, pengetahuan, personaliti dan kebolehan seseorang individu. Sesuatu pekerjaan itu juga menunjukkan suatu cara hidup, suatu persekitaran, lebih daripada suatu set fungsi dan kemahiran kerja yang berasingan. Misalnya, untuk menjadi tukang kayu, bererti seseorang individu itu bukan sahaja tahu menggunakan alat-alat, tetapi juga mempunyai kedudukan, peranan dan pola hidup tersendiri. Dalam hal ini, pemilihan sesuatu jenis pekerjaan menunjukkan beberapa jenis maklumat: motivasi dan pengetahuan tentang pekerjaan itu, wawasan dan pemahaman mengenai dirinya sendiri serta kebolehan-kebolehan yang ada pada dirinya.


Teori ini juga menganggap:
i.        Setiap orang mencari persekitaran  yang memberi peluang kepadanya menunjukkan kemahiran dan kebolehan, melahirkan sikap dan nilai serta bersedia menerima peranan dan masalah yang wujud dalam persekitaran  tersebut;

 
ii.      Tingkah laku seseorang itu adalah ditentukan oleh interaksi di antara jenis atau pola personaliti dengan ciri-ciri persekitarannya. Sekiranya jenis atau pola personaliti dan model persekitaran dapat diketahui, maka pada dasarnya ramalan terhadap hasil atau kesan dari kombinasi itu dapat ditentukan.


iii.    Di dalam diri seseorang atau persekitaran terdapat beberapa pasang jenis personaliti dan model persekitaran yang berdekatan di antara satu sama lain. Misalnya, jenis-jenis personaliti atau model-model persekitaran Realistik  (R) dan Investigatif  (I) mempunyai lebih banyak persamaan jika dibandingkan dengan jenis-jenis personaliti atau model persekitaran Konvensional  (K) dan Artistik (A). Demikianlah seterusnya dengan jenis-jenis personaliti dan model-model persekitaran yang lain. Jadi, ketekalan ini merupakan darjah pertalian yang berlaku di antara jenis-jenis personaliti  atau model-model persekitaran. Darjah ketekalan atau pertalian ini adalah diandaikan boleh mempengaruhi keutamaan dalam  membuat pilihan kerjaya oleh seseorang individu yang memiliki jenis personaliti Realistik  (R) yang paling menonjol dan jenis personaliti Investigatif (I) yang kurang menonjol  (Bererti individu itu mempunyai pola personaliti Realistik - Investigatif atau RI) akan lebih mudah untuk diramalkan mengenai dirinya daripada individu yang mempunyai pola personaliti Realistik – Sosial atau RS, kerana jarak perhubungan  antara keduanya yang jauh berbeza.


iv.    Sesetengah individu atau persekitaran adalah lebih ketara perbezaan jenis personaliti atau model persekitarannya dengan jenis personaliti yang lain. Misalnya, seseorang  individu mungkin lebih menonjol dalam satu jenis personaliti, dan agak kurang dalam jenis personaliti yang lain, atau satu persekitaran mungkin didominasikan sebahagian besarnya oleh satu jenis personaliti sahaja. Sebaliknya, sesorang individu yang mempunyai banyak jenis personaliti yang serupa atau sesuatu persekitaran yang dicirikan oleh keenam-enam jenis personaliti yang serupa, boleh dianggap sebagai tidak mempunyai perbezaan, mendatar dan kurang  menonjol.   Jadi darjah penonjolan satu-satu jenis personaliti  atau model persekitaran inilah yang dipanggil perbezaan. Semakin menonjol sesuatu jenis personaliti atau model persekitaran dengan jenis-jenis personaliti  atau model-model persekitaran yang lain, semakin berbezalah jenis personaliti atau model persekitaran itu (Holland, 1985a)


v.      Konsep identiti memberikan satu anggaran mengenai penonjolan dan kestabilan identiti seeorang atau identiti sesuatu persekitaran. Identiti diri dimaksudkan sebagai suatu gambaran yang jelas dan stabil mengenai matlamat, minat dan bakat yang dimiliki oleh seseorang individu.   Identiti persekitaran atau organisasi itu mempunyai matlamat yang sepadu, tegas, dan ganjaran-ganjaran yang jelas serta stabil sepanjang masa (Holland, 1985a).   Mengikut Holland  (1973, 1985a), identiti, ketekalan dan perbezaan, semuanya merujuk kepada kejelasan, definisi atau tumpuan konsep-konsep utama, jenis personaliti dan model persekitaran. Konsep identiti ini adalah konsep tambahan kepada konsep-konsep sekunder yang dinyatakan dalam teori Holland sebelumnya (Holland, 1985a, 1987).


vi.    Jenis personaliti yang berbeza memerlukan model persekitaran yang berbeza. Misalnya, individu yang mempunyai jenis personaliti Realistik  (R) akan bergiat cergas apabila berada dalam persekitaran Realistik (R) , kerana persekitaran seperti ini menyediakan peluang dan ganjaran yang diperlukan oleh individu Realistik (R), sebaliknya apabila individu yang sama ditempatkan di dalam persekitaran yang berbeza dengan jenis personalitinya, maka keadaan yang tidak kongruen akan berlaku di antara jenis personaliti dengan persekitaran tersebut. Ini disebabkan persekitaran yang berbeza itu akan menyediakan peluang dan ganjaran yang tidak diperlukan oleh individu berkenaan. Umpamanya, individu yang dimiliki jenis personaliti Realistik  (R) akan mengalami keadaan tidak kongruen apabila berada dalam persekitaran Sosial (S) Holland 1973, 1985a ).


Jenis-jenis personaliti seseorang individu dapat ditentukan dengan membandingkan ciri-ciri setiap model persekitaran yang ada. Oleh kerana jenis-jenis personaliti mempunyai minat dan sifat-sifat yang berbeza-beza, maka individu-individu akan mencari dan menceburkan diri dalam mana-mana ciri persekitaran yang paling kongruen dengan minat, kemahiran dan sifat-sifat yang ada pada dirinya ( Holland, 1985a ).Jenis-jenis personaliti anda boleh lihat pada entry sebelumnya.

ADMIN:
ASJ

PELUANG TERBAIK UNTUK SEMUA...

 Sistem Xplorasi


 http://www.xplorasi.edu.my/

Masih ragu-ragu dengan halatuju kerjaya anda. Di sini, admin ingin memperkenalkan satu sistem yang dapat membantu anda semua dalam mengenali minat kendiri dan juga peluang-peluang pekerjaan yang bersesuaian dengan diri anda.Mari kita berkenalan dahulu dengan sistem Xplorasi.


Apakah Sistem Xplorasi? PDF Cetak E-mail
  1. Xplorasi adalah sebuah sistem yang dapat membantu anda membuat perancangan kerjaya anda. Sama ada anda seorang pelajar, pencari kerja atau ingin menukar kerjaya, malah majikan juga boleh menggunakannya dan mendapat faedah. Kaunselor, para guru dan ibu bapa turut menerima manfaat dari sistem ini dalam usaha membantu mereka yang ingin membuat perancangan, pilihan serta keputusan yang berkaitan kerjaya.

  1. Xplorasi dikira sebuah sistem bantu sendiri yang agak komprehensif kerana ia mengandungi semua unsur penting dalam membuat perancangan kerjaya dengan menyediakan:
    1. ujian minta untuk mengenali minat sendiri secara interaktif
    2. keputusan ujian yang boleh diperolehi serta-merta
    3. maklumat yang berkaitan dengan keterangan minat iaitu tafsiran keputusan ujian juga boleh diperolehi serta-merta
    4. Senarai nama pekerjaan yang sesuai dengan minat sendiri juga disediakan.
    1. Sistem xplorasi telah dibangunkan oleh sekumpulan penyelidik pakar dalam bidang berkaitan yang diketuai oleh Prof Datin Dr. Amla Hj. Mohd. Salleh dari Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malysia. Sistem ini telah diuji dalam beberapa penyelidikan yang ditaja oleh pihak Kementerian Sains Teknologi dan Universiti Kebangsaan di bawah projek IRPA, Science Fund dan Projek penyelidikan Fakulti pendidikan UKM. 

    1. Kajian-kajian yang dijalankan antara tahun 2002-2007 membuktikan xplorasi telah dapat membantu peserta membuat keputusan kerjaya yang lebih baik, meningkatkan pengetahuan tentang diri dan kerjaya, malah ia juga telah dibuktikan berjaya meningkatkan motivasi pelajar-pelajar terutama mereka yang dikatakan kurang berminat untuk belajar.

    1. Xplorasi ini dibangunkan berasaskan sebuah teori kerjaya yang kukuh dan popular (Holland ,1973) yang telah dibuktikan berguna dalam berpuluh-puluh buah negara di dunia dengan beratus-raus kajian yang menyokongnya. Mereka yang ingin memahami latar belakang sistem ini boleh membaca teori yang berkaitan. Mereka yang berminat untuk memahami lebih lanjut lagi latar belakang sistem ini klik ASAS XPLORASI.

    ADMIN:
    ASJ




    Friday, 2 December 2011

    Keliru Halatuju


    -Gambar hiasan- 

    Setelah selesai peperiksaan PMR, SPM dan STPM, sudah pasti para pelajar akan tercari-cari halatuju dan bidang untuk melanjutkan pelajaran. Adakalanya akan menjadikan individu keliru, tertekan dan bimbang untuk memilih bidang. Pastinya, lebih-lebih lagi untuk memilih aliran yang sesuai dengan minat dan keperluan masa kini. Adakalanya minat terpaksa dikorbankan kerana tuntutan keluarga dan sebagainya. Namun, segala pilihan itu adalah berada dalam genggaman anda. Anda yang layak memilihnya, membuat keputusan dan bertanggungjawab terhadap pilihan yang dibuat. Pertimbangan terhadap kursus mana yang lebih baik, kerjaya masa hadapan dan pertimbangan lain adalah bermula daripada langkah pertama.  

    Sebaik-baiknya, berjumpalah dengan kaunselor anda dan jalankan ujian minat dan personaliti serta mengadakan sesi kaunseling untuk perkembangan diri dan kerjaya anda. Malah, rujuk juga melalui laman sosial seperti facebook, blog yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat kerjaya. Semoga anda berjaya dan membuat keputusan yang tepat untuk kehidupan anda. Ingat, langkah yang pertama bermula daripada diri anda sendiri. Buatlah keputusan dengan pertimbangan yang sewajarnya dan tidak terlalu gopoh. Semoga berjaya. 


    Admin,
    NAMB

    Kerja Kosong

    Kepada individu yang sedang mencari pekerjaan, berikut merupakan senarai pekerjaan dan laman yang boleh anda mohon.Jangan lepaskan peluang ini. Selamat berjaya. 


    (SWASTA) Jawatan Kosong di Perodua - Tarikh Tutup : 07/12/2011
    http://jawatankosongkerajaan.my/jawatan-kosong-di-perodua


    Jawatan Kosong di Telekom Malaysia (TM) - Tarikh Tutup : 12/12/2011
     
    http://jawatankosongkerajaan.my/jawatan-kosong-di-telekom-malaysia-tm-4

    Jawatan Kosong di Angkatan Koperasi Malaysia Berhad (ANGKASA) - Tarikh Tutup : 06/12/2011
    http://jawatankosongkerajaan.my/jawatan-kosong-di-angkatan-koperasi-malaysia-berhad-angkasa

    Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Subang Jaya - Tarikh Tutup : 15/12/2011
     
    http://jawatankosongkerajaan.my/jawatan-kosong-di-majlis-perbandaran-subang-jaya-2

    Jawatan Kosong di Jabatan Agama Islam Selangor - Tarikh Tutup : 02/12/2011
     
    http://jawatankosongmalaysia.my/jawatan-kosong-di-jabatan-agama-islam-selangor

    Jawatan Kosong di Pusat Urus Zakat Pulau Pinang
    http://jawatankosongkerajaan.my/jawatan-kosong-di-pusat-urus-zakat-pulau-pinang

    Jawatan Kosong di Perbadanan Bioteknologi dan Biodiversiti Negeri Johor

    http://jawatankosongkerajaan.my/jawatan-kosong-di-perbadanan-bioteknologi-dan-biodiversiti-negeri-johor-2

    Jawatan Kosong di Majlis Bandaraya Petaling Jaya

    http://jawatankosongkerajaan.my/jawatan-kosong-di-majlis-bandaraya-petaling-jaya-2

     Jawatan Kosong di Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)
    http://jawatankosongmalaysia.my/jawatan-kosong-di-gabungan-persatuan-persatuan-pengguna-malaysia-fomca


    Pastikan anda lihat tarikh tutup setiap jawatan terlebih
    dahulu sebelum memohon.



    Admin
    NAMB

    Wednesday, 30 November 2011

    SISTEM PENGAJIAN IPTA

    Sistem pengajian tinggi dibentuk bagi memastikan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dapat membina reputasi dengan mempunyai keupayaan yang dinamik, berdaya saing, mampu meramal cabaran mendatang dan bersedia bertindak secara berkesan seiring dengan perkembangan globalisasi. Usaha meningkatkan keupayaan IPTA akan berterusan untuk melaksanakan fungsi dan tanggungjawabnya dengan lebih cekap, telus dan berkesan ke arah mewujudkan sistem pengajian tinggi yang cemerlang.
     
    Selaras dengan matlamat tersebut, IPTA di Malaysia dikategorikan kepada tiga (3) kumpulan, iaitu universiti penyelidikan, universiti berfokus (teknikal, pendidikan, pengurusan dan pertahanan) dan universiti komprehensif. Sehingga kini, terdapat 20 buah IPTA yang terdiri daripada empat (4) universiti penyelidikan, empat (4) universiti komprehensif dan dua belas (12) lagi universiti berfokus.
     
    Universiti penyelidikan memberikan tumpuan kepada bidang penyelidikan, universiti berfokus tertumpu kepada bidang khusus berkaitan penubuhannya, manakala universiti komprehensif menawarkan pelbagai kursus dan bidang pengajian. Sumber: http://www.mohe.gov.my/